Wednesday 28 December 2011

how to be a wife that a husband care and love a lot?

Bagaimana mahu menjadi isteri yg disayangi suami? hanya satu pinta isteri, untuk suami membela dan membimbing hidupnya sehingga ke akhir hayat yg boleh membawa ke syurga. apakah punca suami tidak mahu menunjukkan kasih dan sayangnya kepada isteri? ketika di alam perkenalan, percintaan, pertunangan dan rumah tangga sgtlah x sama.. indah ketika bercinta, sentiasa mahu bertemu, bergayut sampai ke pagi.. dugaan ketika bertunang bukan senang utk ditempuhi..darah masing2 tengah manis, dan ketika itulah syaitan berbisik ke telinga untuk cinta berbelah bahagi. Namun, org kata kalau dh jodoh xkemana.. ikatan perkahwinan diteruskan jua..utk sama2 merasai nikmat alam rumah tangga..dugaan demi dugaan datang ..kehidupan ketika masih berdua dan ketika hadirnya zuriat sangatlah tidak sama..banyak dugaan yang harus ditempuh.. sehingga saat ini, sering tertanya-tanya..adakah terdapat ketidakserasian di antara kami? Jika dulu hanya suaraku yg mahu didengar, tapi sekarang sepatah perkataan dari bibirku sering dipersoalkan. Apakah salahku? Aku rindukan suami aku yg dulu..
wahai suami..jika benarlah aku bersalah terhadapmu..jgnlah engkau diam membisu..janganlah engkau tidak menghiraukan aku..namun, bisiklah ke telingaku walau dengan sepatah kata yg mampu menginsafkanku..yg mampu membawa aku menjadi isteri yg disayangi dan diredhai oleh mu..
aku hanya mahu menjadi isteri yg terbaik di matamu..

aku seorang yg sensitif, kuat merajuk, xpandai nk menggoda dan mengajak bermanja, x seksi, x sejelita fasha sandha.. aku cuma mahu menjadi isteri yg terbaik untuk suami dan ibu yg mithali kepada anak2ku.. Ya Allah, bimbinglah aku menjadi isteri yg terbaik buat suamiku..kerana aku masih sayangkan segalanya yg kami bina bersama..hanya kepadaMu tempatku mengadu, hanya kepadaMu aku berserah dan hanya kepada Mu jualah aku meminta pertolongan. Amin

2 comments:

  1. Isteri yang baik disisi suami yang baik...kak ct pasti akan slalu didampingi suami yg baik macam berri!!! :D Amin!

    ReplyDelete
  2. smoga suma baik2 blake insyaAllah :D
    follow me b :D

    ReplyDelete