Friday 2 January 2009

Apa ertinya C I N T A ?





Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar terseut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Thursday 1 January 2009

Awal Muharam 1430H -Kekejaman Israel terhadap Gaza

Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap
rejim zionis Israel. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18
bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga
terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan
bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan
helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang
awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang dan
700 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat
Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus
dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel
tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera
Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan
serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan
meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan
penduduk Gaza.

Sebenarnya dakwaan Isreal bahawa serangan terbaru ini adalah
merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu
pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu
semasa gencatan senjata yang berakhir 19 Disember yang lalu dimetrai.
Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan
untuk mewajarkan tindakan Israel. Apa yang berlaku ialah serangan
roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera
Israel termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika
tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

Khatib juga ingin membawa perhatian hakikat
serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza. Ini
jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk
memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan
kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan
yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam
pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan
kecederaan di kalangan orang awam.

Umat Islam mempersoal kenyataan Mahmud abbas yang masih menyalahkan HAMAS ke
atas serangan di Gaza. Ia adalah bukti jelas bahawa Presiden pihak
berkuasa Palestin di Tebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejim
zionis yang mengadakan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa henti
sejak 18 bulan yang lalu.

Umat Islam dan rakyat Malaysia digesa supaya tidak terpengaruh
dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir
dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu
sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya
Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan,
ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan
kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah
sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan
untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin
adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk
mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh
mana-mana pihak.

Kita juga membidas sikap kepura-puraan negara Islam/Arab. Kejujuran
kerajaan Mesir dipersoalkan kerana mendakwa mereka bersedia untuk
mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan
Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat
Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan
keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri
Mesir beliau 'berjanji' untuk menyiasat perkara ini. Soalnya apakah
Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk
kepada arahan Tel Aviv/USA?

Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat
Gaza, Khatib mengsyorkan agar umat Islam mengadakan solat Hajat perdana
dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang
tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang
teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin. Umat Islam harus
insaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci Baitul
Maqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .

Khatib juga menggesa agar umat Islam mempergiatkan dan memperhebatkan
kutipan bantuan Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan,
website, sesi penerangan di sekolah, pejabat, tempat awam, surau dan
lain-lain. Khatib menyeru sokongan seluruh umat Islam agar
menghulurkan bantuan kepada saudara-saudaranya di Palestin

Akhir sekali Khatib ingin merakamkan rasa sedih seluruh umat Islam
yang amat mendalam ke atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di
Gaza dalam suasana
ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (tahun baru Hijrah
1430H (mohon disemak) dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya
menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru
ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh
kerana itu khatib menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk
menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong
oleh USA dihentikan dengan segera.