Monday, 29 June 2009

steam boat oh steam boat!



28th June 2009-Sun

Arini bknlah hari istimewa..tp, tetiba teringin nk mkn steamboat..kalo xdpt steamboat pn, yong taw foo pn jadilah. so,di kesempatan weekend ni n di kala poket pn tgh sembab (gaji mingu2 baru msk =P) ape salahnya msk special sket buat suami terchenta.hee..actually, saje je la nk wat surprise to my hubby msk steam boat.for sure dia x expect nye..but then, all of the sudden, dia blk keje n my housemate, lewis buzz me kat dapo, said that 'i think ur hubby's back' sambil wink to me ;p.n then, aku pn pegi lah salam n my hubby terus msk dapo n tgk steamboat on the table. waah.dgn muka gembiranya, dia bisik .. 'b br tpk nk suh ma msk steamboat otw blk td..' dan hatiku pun berbunga..kehkehkeh




sila lah menjamu mata melihat steamboat ku itu..made in uk u...fuh~puas hati mkn ni.tambah lg bile tgk my hubby mkn smpai kekenyangan menyandar..u snap my heart singing n chirping like a bird..
err.gambar xbrp cun sbb snap pki kamera hs je..moral:don't judge a book by it's cover tau..(gile angkat eko sdiri)xpe kan.. ^o^

Saturday, 28 February 2009

oh ibu

tiba2 rasa rindu dkt family kat kampung..bkn sblm ni xrindu..tp akhir2 ni cam lagi kuat rasa rindu tu...isk, lambatnye nk blk msia.. tambah lagi.. ade sorg kwn fwd satu cerita ttg cerita si monyet. ade sekor ibu monyet ni..dia sanggup buat apa shj utk anaknya..masa tu ank monyet tu kena langgar kereta..dan patah kakinya..xmati lg tu.tp, dgn berperikehaiwanan nya.. ibu monyet tu xtinggal ank dia.. sebaliknya duk betenggek tunggu ank dia kat tgh jalan..nk mintak tolong org supaya tolong selamatkan ank dia agaknye..dan,disebabkan ibu moneyt tu duk tunggu ank dia yg duk menggelupur..kereta pn byk berhenti..sampai traffic jam..dia x lari pun.. pastu,ade seekor anjing dtg kacau ank monyet tu..xtau la, nk makan ke nk ape..tp ibu monyet tu seboleh2nya xtinggal ank dia malah dia cuba selamatkan ank dia dr khianat si anjing tu..masyaAllah..even binatang pun sayangkan anak..kan..

cerita ni mmbuatkan aku tiba2 rasa, besarnye pengorbanan ibu selama ni..waaaa..air mata dh bergenang ni..mak, i missss u laaa..kalau la blh terbang balik.. ='(

hurm...nk dijadikan cerita..bila cerita psl si monyet ni..tingat ngan issue zaman skang nie.. akhir2 ni kat msia byk betul dengar berita remaja buang anak..mcm2 gaya plk tu..yg buang dlm jamban tu dah biasa..ini ade yg pegi tanam anak idup2..berpakat lagi ngan boypren pulak.astaghfirullah..ape lah agaknye balasan mereka nnt..xde perasaan ke mereka?
masa duk mengandungkan ank..xpernah ke usap perut, rasa baby tu tendang2..bangunkan kita malam2..bukan ke itu satu pengalaman yg sangat indah..sbg seorg ibu..boleh kan, buat ank camtu..ntah waras ke tidak..malu punya pasal, sanggup bunuh ank sdiri dgn sengaja..nauzubillahiminzalik..

Ya Allah, Engkau jauhilah kami, anak-anak kami, cucu cicit kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami, saudara seislam kami dari perbuatan org2 yg munafik..Jauhilah kami dari godaan syaitan yg direjam dan manusia yg berniat jahat..Jadilah kami hambaMu yg tergolong dalam golongan orang-orang yang diredhai olehMu..yang sentiasa mengikut segala perintah Mu dan menjahui segala larangan Mu..Ya Allah ya rabbal alamin..Amin


sambil dengar lagu ni..sila lah menjamu telinga anda.. lagi bagus kalo hayati lirik dia.. smoga hari ni,..aku bermuhasabah dgn cerita ini.. aku pn byk kurangnya..mungkin byk dosa-dosa ngan mak, ayah..sengaja atau x.. but, let bygone..be bygone..let's face and gear up things towards us..let us repent..looking forward and perish with love, mercy and dignity..insyaAllah berbahagialah kita disisi org yg tersayang..

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah And Rasulullah
Comes your mother
Who next?
Your mother
Who next?
Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah For my mother.

Song by Yusof Islam & Kids




Wednesday, 25 February 2009

Me & my boyfriend.. oPs.my husband dah.



seems that it's been a long long time i'm not writing anything in this blog.yg psl cinta n gaza tu..aku copy paste je..hee.so, i think now maybe it's time utk aku slalu update blog..seems that dah ade follower tu..tenkiu liza.u r the first visiting my blog.n u r the first follower as well. nampak ganyanya..kena la belumba2 updating blog kali ni.hakhak...1st thing first..nk upload gamba kat sini..masih lagi dlm mode mencoba..heee..testing..testing

Friday, 2 January 2009

Apa ertinya C I N T A ?





Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar terseut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Thursday, 1 January 2009

Awal Muharam 1430H -Kekejaman Israel terhadap Gaza

Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap
rejim zionis Israel. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18
bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga
terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan
bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan
helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang
awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang dan
700 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat
Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus
dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel
tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera
Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan
serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan
meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan
penduduk Gaza.

Sebenarnya dakwaan Isreal bahawa serangan terbaru ini adalah
merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu
pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu
semasa gencatan senjata yang berakhir 19 Disember yang lalu dimetrai.
Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan
untuk mewajarkan tindakan Israel. Apa yang berlaku ialah serangan
roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera
Israel termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika
tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

Khatib juga ingin membawa perhatian hakikat
serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza. Ini
jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk
memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan
kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan
yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam
pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan
kecederaan di kalangan orang awam.

Umat Islam mempersoal kenyataan Mahmud abbas yang masih menyalahkan HAMAS ke
atas serangan di Gaza. Ia adalah bukti jelas bahawa Presiden pihak
berkuasa Palestin di Tebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejim
zionis yang mengadakan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa henti
sejak 18 bulan yang lalu.

Umat Islam dan rakyat Malaysia digesa supaya tidak terpengaruh
dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir
dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu
sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya
Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan,
ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan
kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah
sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan
untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin
adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk
mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh
mana-mana pihak.

Kita juga membidas sikap kepura-puraan negara Islam/Arab. Kejujuran
kerajaan Mesir dipersoalkan kerana mendakwa mereka bersedia untuk
mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan
Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat
Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan
keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri
Mesir beliau 'berjanji' untuk menyiasat perkara ini. Soalnya apakah
Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk
kepada arahan Tel Aviv/USA?

Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat
Gaza, Khatib mengsyorkan agar umat Islam mengadakan solat Hajat perdana
dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang
tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang
teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin. Umat Islam harus
insaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci Baitul
Maqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .

Khatib juga menggesa agar umat Islam mempergiatkan dan memperhebatkan
kutipan bantuan Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan,
website, sesi penerangan di sekolah, pejabat, tempat awam, surau dan
lain-lain. Khatib menyeru sokongan seluruh umat Islam agar
menghulurkan bantuan kepada saudara-saudaranya di Palestin

Akhir sekali Khatib ingin merakamkan rasa sedih seluruh umat Islam
yang amat mendalam ke atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di
Gaza dalam suasana
ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (tahun baru Hijrah
1430H (mohon disemak) dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya
menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru
ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh
kerana itu khatib menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk
menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong
oleh USA dihentikan dengan segera.

Friday, 26 December 2008

blog?not so sure..

it's actually just a coincidence for me..visiting my 'complicated' fren's blog...make's me think.. 'perlu ke, blog ni?' maybe, he created a blog for promotion purpose..seems that he is now developing his new 'personal business'.. but for me..perlu ke? for wat purpose? ape aku nk tulis dlm blog ni nnt? plus! I am totally awful when it comes to writing. no matter what kind of 'writing' it is..i'll mess it up. hurmm..

However.. when I think it carefully..mungkin jgk, men2 blog ni..can help me improve my unskillful writing ability.boleh ke? duh~ i don't know. Sblm nie..aku, lebih suka tulis ape2 expression or lebih senang kalo aku ckp..meluahkan perasaan..dlm diary. I've been practicing writing in my diary since I was in high school. x ingt pulak umur berapa time tu..maybe at my age of 14.(betul ke grammar aku?) well.. thinking about blog..again..remind's me of diary. Perlu ke aku tulis blog utk menggantikan, diary? oh.sungguh nonsense!

hurm..again, sebut pasal diary..resemble me of one thing..long long time ago, i wrote everything, everyday in the diary..(tp buku nota skolah..xgaya cam diary pon)..dan, nk dijadikan cerita..one day of my carelessly(xingt umo brapa..maybe 16kot), my mom found my diary (gaya note book) inside my drawer and she read every single word in it. dan, segala kisah pun terbongkarlah dengan x sengaja..(xsengaja ke?)..hurm..the best part is..those things were, almost the bad side of mine. Things that my mom's never knew her daughter was that 'bad'.. Owh..cemane aku tau? heh..cuz one day after that day..my mom want to reveal all the things I've wrote..she want's to know the truth..then, it was the most memorable thing to me, when my mom asked me to bring her to some place..peaceful place with not many people around.,kata mak..I wondered, where it is..what kind of place it will be..so, we went to, pantai..it's pantai cinta berahi (lustful love beach), at that time before it has changed to pantai cahaya bulan (moon light beach)..due to some misunderstading of the name itself. heh~ ohw..sorry, i was slipped. Masa tu..we took our time to have had a seafood lunch with beautiful breezy beach scenary..
that's the end of my story..
mls la nk sambung lagi..penat la taip nih.xsuka!xsuka!
tgk..nk abiskan this post pun sungguh menyeksakan. Hurm..tengok la cemana nnt..as long as I really don't know why am I creating this blog..as long as I still can't figure out the answer..maybe I'll keep it shut and in stand by mode. hehe.mane le tau..mungkin, someday..this kind of thing, is useful? who knows..
but still..i'm thinking, what am i doing here? Am i doing the right thing?
while i'm creating this blog..i'm totally not sure about this..